Pengikut

Isnin, 27 September 2010

PAS Teruskan Program Menzalimi Ahli Parti dan Penyokongnya


Tahniah Pentadbiran DS Najib!
Semakin berjaya membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan kezaliman PAS kepada ahli-ahli dan pengikut mereka sendiri!

Pemimpin yang sentiasa merasi denyut nadi rakyat
sentiasa disayangi.

Nik Aziz tidak dizalimi...

PAS semakin zalim terhadap ahli dan penyokongnya.

PAS dilihat terus menerus melakukan kezaliman demi kezaliman terhadap pemikiran ahli-ahli serta penyokongnya.

Bermula dengan mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang berkawan dengan orang kafir, maka mereka akan menjadi kafir. Hasilnya wujud kepercayaan bahawa UMNO telah menjadi kafir kerana berpakat dengan MCA dan Mic serta kaum lain. Bertolak dari kepercayaan ini telah berlaku solat jemaah dua imam, pulau-memulau majlis kenduri, nikah semula, perceraian dalam masyarakat Islam di negara kita.

PAS menzalimi ahli-ahli dan penyokongnya apabila PAS sendiri berkawan dengan DAP yang terdiri daripada orang-orang kafir dan rela menjadi partner dalam pakatan.


Menganjur dan menyanjung keganasan bersiri adalah juga kezaliman PAS yang amat ketara. Peristiwa Memali membuktikan PAS berlaku amat zalim terhadap ahli-ahli dan pengikutnya. Ustaz-ustaz PAS melakukan tarbiyyah yang berterusan di surau, mesjid, pondok dan kelas-kelas agama. Indoktrinasi ke arah membenci kerajaan dijadikan kurikulum utama dan Ibrahim Libya berjaya membawa pengikutnya yang amat yakin dengan konsep mati syahid jika melawan kerajaan.

Tindakan keganasan dirancang dan dilancarkan berterusan untuk mengekalkan kepercayaan bahawa perlakuan ganas itu tidak dilarang dalam Islam. PAS membela peristiwa al-Maunah dengan berbagai-bagai cara. Tujuannya supaya keinginan memberontak dan membenci kerajaan tetap kekal dalam jiwa ahli-ahli dan pengikutnya. Paling terkini, PAS menzalimi kepercayaan ahli-ahli dan pengikutnya dengan menyebarkan dakwaan di kampung-kampung bahawa kes pembunuhan Sosilawati adalah sandiwara UMNO. Samalah bila mereka menyebarkan hasutan bahawa peristiwa al-Maunah juga adalah sandiwara kerajaan.

orang Islam lontar telur busuk ke mesjidnya sendiri

Keganasan dan keinginan memberontak akhirnya tidak dapat dikawal apabila ahli-ahli dan pengikut PAS sanggup melontar telur busuk ke dalam kawasan Mesjid Negeri di Ipoh dalam satu demonstrasi yang mereka anjurkan di Perak.

Ahli-ahli dan pengikut PAS terus dizalimi pemikiran mereka dengan membenarkan seorang perempuan dari parti DAP datang ke surau untuk menyampaikan  rasuah sambil memijak sejadah tempat orang Islam sujud. Sebelum itu PAS beristiqomah dalam membenarkan nama Allah digunakan oleh bukan Islam untuk tujuan politik dan sosial.

Paling ketara PAS meanzalimi pemikiran ahli-ahli dan pengikutnya apabila mengumumkan bahawa  pelaksanaan hukum hudud dan mendirikan negara islam bukanlah sebenarnya agenda parti politik itu.






Kronisme dan nepotisme serta amalan  rasuah juga menjadi isu. PAS membenarkan Arif Fahmi (menantu Nik Aziz) dan kroni yang lain menebang dan menjual kayu balak serta tanah dan kegiatan ekonomi di Kelantan untuk poket mereka sendiri. Rakyat dibiarkan tanpa pembelaan dan program yang berkesan. Nik Aziz dirasuah wang melancong ke Mekah saban tahun oleh peniaga-peniaga.


PAS terus menzalimi rakyat Kelantan dengan mengaku tidak berupaya mentadbir negera tanpa Kerajaan Pusat. Maka mereka  sekali lagi menzalimi rakyat dengan mengharapkan duit minyak petronas diberikan kepada PAS Kelantan.

Sayangnya!...
ahli-ahli dan pengikut PAS tidak sedar mereka dizalimi, dibohongi dan dimanipulasi.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Ahli-ahli PAS juga telah dizalimi dengan penipuan golongan syaitan yg berupa ulama, lebai dan ustaz-ustaz yg berkepentingan......

Setelah masyarakat Melayu Islam taksyub dengan segala dakyah PAS, barulah mereka menampakkan wajah sebenar perjuangan mereka.... apa boleh buat, semua pengikut mereka telah berjaya dijumudkan lebih lima puluh tahun....

Razaq Saleem berkata...

Kita berasa amat kasihan terhadap ahli dan penyokong Parti Politik PAS.

Mereka tertipu dan terpedaya dengan ceramah yg disampaikan oleh ustaz-ustaz politik yang menggunakan surau, mesjid, pondok pengajian dan di mana sahaja tempat orang Melayu berkumpul.

Hanya Allah sahaja yang dapar menyelamatkan bangsa dan umat Islam ini dari terus menjadi mangsa politik PAS.

Bahtera Merdeka berkata...

Isu yang paling berbahaya yang dimainkan oleh Pas ialah mengelirukan ialah isu "melayu".

Pas gagal memahami bahawa "melayu" itu adalah bangsa, manakala "Islam" itu adalah agama.

Pas gagal memahami bahawa "Islam" sebagai satu sistem kepercayaan tidak boleh berdiri sendiri tanpa dibawa oleh "manusia".

Dalam konteks di Malaysia, manusia yang berminat mengunapakai Islam sebagai sistem kepercayaan mereka ialah bangsa yanaga bernama "Melayu" di samping beberapa bangsa lain lain juga terpikat hasil dari dakwah yang dijalankan.

Oleh kerana itu, bangsa Melayu perlu ada kekuatan dan kuasa untuk mereka meneruskan pegangan dan mengamalkan agama Islam dengan berkesan dan mengembangkan syiarnya secara berterusan.

Untuk mendapatkan kekuatan, bangsa Melyau per;lu bersatu, bekerjasama sesama mereka dan juga bangsa lain di bawah satu pemerintahan yang diterima.

Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah yang dapat dipelajaran dari peristiwa Hijrah. Nabi Muhammad tidak memperjuangkan bangsa Quraish, tetapi bangsa Qurais bersatu dengan bangsa lain lain untuk hidup bersama kerana Nabi mengamalkan sistem kepercayaan Islam yang adil.

Di negara kita sistem kepercayaan Islam yang digunapakai oleh UMNO diterima oleh seluruh rakyat yang akhirnya membentuk Perikatan dan kini BN-1Malaysia.

Bahaya pemikiran songsang Pas ini akan menjahanamkan perkembangan Islam itu sendiri kerana merosakkan perpaduan bangsa Melayu dan dalam masa yang sama mengukuhkan perpaduan bangsa lain yang acuannya ditentukan oleh DAP.

Melayu-Bumkiputera sebagai satu bangsa yang dijadikan Allah di muka bumi Malaysia tidak pernah bergerak semata-mata memperjuangkan bangsanya sahaja. Tetapi terbukti telah berjaya bermuafakat dengan bangsa lain sehingga semua rakyat Malaysia dapat hidup bersama dengan aman dan sejahtera.

Konsep inilah yang ingin dihancurkan oleh DAP, PAS dan PKR kerana ini kunci kejayaan UMNO-BN. Yang yang peliknya konsep iniklah juga yang ingin mereka tiru tetapi menggunakan acuam DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...