Pengikut

Selasa, 7 September 2010

PAS: Memuja Syaitan Politik Malaysia!

Kalau nak bagi undi kat PAS
Berkawan dengan Syaitan pun tak apa.

KEPIMPINAN NAJIB SEMAKIN MENYERLAH!!!
GEROMBOLAN PAKATAN PEMBANGKANG
SEMAKIN PUNAH
SEMAKIN MENGELABAH!!

tetapi...
PAS TETAP BERIMAMKAN DAP
SYAITAN POLITIK MALAYSIA


BACA SETERUSNYA
SUMBER: House PK

Lim Kit Saing, bekas Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew, dalam kempen 'Katakan Tidak kepada Racism' mempersoalkan apakah Najib akan memulakan kempen berkenaan di dalam UMNO, pegawai-pegawai kerajaan dan Utusan Malaysia.

Selain itu, Lim Kit Siang turut mempersoalkan arahan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang telah mengeluarkan pekeliling agar para pengetua, guru besar dan guru-guru tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.

Pun begitu, bapa kepada Lim Guan Eng ini tidak langsung menyebut tentang sesiapa pun di kalangan orang Cina yang telah mencetuskan isu perkauman. Malah punca sebenar kemelut yang berlaku pada hari ini apabila Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP mempersoalkan tentang Artikel 153 dan 152 sebelum disambut oleh pelbagai jenis Melayu, tidak pula diperkatakan. Perbuatan DAP yang menyokong Pengerusi Kebangsaan mereka, Karpal Singh untuk menyanggah undang-undang tubuh negeri Perak dan menyaman Paduka Sultan Perak, sekaligus menimbulkan kemarahan orang Melayu, langsung tidak disentuh.

Apabila pemimpin-pemimpin GERAKAN, MCA, MIC dan PPP mempersoalkan Melayu dan Islam, DAP langsung tidak berbunyi dan mengingatkan mereka tentang perkauman. Hanya apabila Melayu bertindak balas dan Utusan Malaysia mempersoalkan motif sebenar persoalan-persoalan rasis daripada pemimpin bukan Melayu, ianya terus dicop sebagai RASIS? Bagaimana pula dengan akhbar-akhbar berbahasa Cina yang bersifat sangat rasis terutama dalam mendesak orang Cina agar 'merampas' hak ekskusif Melayu?

Siapa sebenarnya yang lebih rasis?

Bijak DAP bermain sandiwara. Mereka mencetuskan segala masalah dalam negara ini, terutama tentang kontrak sosial yang bagi mereka boleh dipertikaikan kerana ianya bukan dalam bentuk dokumentasi, kemudian apabila berlaku kekecohan, mereka akan berlagak seperti hero dengan menuduh orang lain yang memulakan kekecohan. Mereka akan berbuat apa-apa sahaja untuk mengumpan kemarahan orang Melayu-Islam dan kemudian apabila orang Melayu-Islam memberikan reaksi, segala kesalahan segera dibebankan kepada golongan Melayu-Islam.

Kaedah yang sama turut dipelajari oleh PAS yang menjadi rakan sekutu DAP. Taktik ini sangat berjaya. Seperti juga pemberian wang bonus hari raya. BUKAN MAIN BANGGA lagi puak-puak PAS mengatakan Kerajaan Pusat meniru Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walhal pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan telah lama dimulakan iaitu semenjak pada zaman Mahathir lagi dan ianya tidak pernah berhenti sekalipun negara mengalami kebejatan ekonomi.

Anehnya, para penyokong golongan SIAL ini tidak pula terfikir bagaimana OMAR OSMAN iaitu Presiden CUEPACS begitu aktif meminta bonus dan segala insentif lain daripada Kerajaan Malaysia, jauh mendahului Lim Guan Eng yang hanya bijak menggunakan peluang setelah mendengar berita tentang bonus berkenaan.

Taktik LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA memberikan impak yang sangat berkesan kepada DAP, PAS dan PKR. PKR sebagai umpamanya, ditubuhkan untuk mencetuskan kekacauan di jalanan tetapi akhirnya yang mendapat imej buruk adalah polis dan pihak berkuasa yang ditugaskan untuk menyuraikan demonstrasi yang dikatakan aman tetapi sebenarnya bukan atas tujuan aman pun!

PAS menggunakan agama untuk mengecohkan umat Islam, namun apabila ada pihak memberikan penjelasan dan meluruskan penyelewengan yang dilakukan oleh PAS, segera mereka memberikan label, mengugut dan menakut-nakutkan umat Islam dengan sikap gedebe dan keras kepala mereka, semata-mata untuk membuktikan bahawa PAS adalah benar meskipun mereka sebenarnya sudah terlalu jauh daripada tarekat Islam.

Cuma yang anehnya, apa-apa sahaja yang bersifat RASIS, hanya Melayu-Islam sahaja yang disalahkan, walaupun Melayu-Islam tidak pernah mempersoalkan tentang KEBANGSATAN bangsa Cina dan India di negara ini, malah menerima mereka sebagai sebahagian daripada warganegara.

RASIS dikatakan berlaku apabila menyebut, orang Cina berasal dari China dan orang India berasal dari India... atau dalam bahasa mudah, RASIS ialah apabila mengatakan orang CINA dan INDIA asalnya adalah PENDATANG yang dibawa masuk oleh British untuk melemahkan Melayu dan Islam!!!

WALAUPUN SEMAKIN RAMAI
PENYOKONG MENINGGALKAN PAS
SEMAKIN GANAS NIK AZIZ
MEMPERSENDAKAN AGAMANYA!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...