Pengikut

Khamis, 27 Januari 2011

Langgar Budaya Parti: Ustaz Nasharudin Mat Isa Mulai Dicurigai

Ustaz Nasha nampaknya cuba melanggar budaya dan tradisi Parti Melayu Islam Pas.

Tindakan ini boleh mendedahkan Ustaz Nasha kepada risiko dicurigai dan akhirnya dibenci kerana cuba memesongkan budaya asas parti itu.

Dengan mencadangkan supaya Pas tidak membuat fitnah, samalah dengan menutup mulut dan mengenepikan kitab-kitab rujukan penceramah serta ustaz-ustaz politik yang ramai dalam parti itu. 

Menghalang menyebarkan fitnah dan pembohongan boleh merosakkan kredibiliti parti yang selama ini dapat hidup selama lebih 50 tahun.

Paling tidak menyenanginya ialah parti China DAP kerana parti itu sangat teruja dengan budaya yang diamalkan oleh Parti Melayu Islam itu dalam arena politik negara khususnya sumbangan besar kepada Pakatan Pembangkang.

Sumber: harakahdaily

LABIS, 3 Jan: Jentera PAS diingatkan agar tidak menjadi agen penyebar fitnah sewaktu menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya pengundi di Dun Tenang.

"Jangan kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara.

Nasharudin juga berkata, sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

"Akhlak Islam menjadi teras perjuangan PAS. Kita dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terpaksa menyampaikan ingatan tersebut kerana sudah dapat  mencium petanda-petanda yang jelas bahawa jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah menyebarkan fitnah yang sudah pun dijalankan secara haram di Tenang.

"Jangan terikat dengan kaedah menimbulkan kebencian dan perpecahan serta menabur fitnah sahaja," lebihkurang maksud kata-kata beliau ketika berucap di majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N. 05 Tenang dekat sini, kelmarin.

Barovo! Ustaz Nasha..

Memang politik itu hanyalah sebagai satu kaedah untuk memberi hak rakyat menyatakan suara mereka. Dengan kuasa politik yang terkumpul dapatlah membentuk kerajaan untuk berbuat kebaikan kepada rakay. Sesuailah dengan mandat dan amanah yang telah mereka berikan.

Itulah amalan UMNO-BN selama ini. Menggunakan kuasa untuk membawa kebaikan dan berdakwah kepada masyarakat ke arah kesempurnaan pemikiran dan tindakan. Bukan hanya mahukan kuasa memerintah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawa dan amanah.

Itulah yang membezakan definisi politik yang dipegang kemas oleh UMNO-BN dengan definisi yang ditarbiahkan oleh Pas. 


UMNO-BN mengajak manusia ke arah kebaikan dan melakukan kebaikan untuk rakyat sepanjang masa. Pas mengajak rakyat mendengar ceramah tantang kebaikan tetapi melakukan pembohongan, penyelewengan fakta, memfitnah dan memperalatkan agama sepanjang masa.

Perbezaan ini telah dinilai oleh rakyat sejak sekian lama. PRK Tenang akan membuktikan bahawa Pas sudah tidak relevan lagi dengan keperluan umat Islam di negara ini. Pas dilihat sentiasa berminat melakukan maksiat fitnah dari dulu, kini dan selamanya.

Pas hanya relevan dengan DAP yang sedang berusaha dan semakin berjaya memecahbelahkan umat Islam dengan bantuan setia Parti Melayu Islam Pas.
  
 

2 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Fuckatan menang dibeberapa tempat kerana fitnah dan taktik kotor. Namun kejayaan tersebut akhirnya membawa keburukan bukan sahaja kepada mereka tetapi kepada rakyat, agama, raja dan negara.

karl berkata...

mohon link ke http://wicararumi.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...