Pengikut

Ahad, 20 Februari 2011

PAS Mula Bongkar Kejahatan dan Kemungkaran Politiknya Di Shah Alam

...pentas wayang opera china DAP 
dengan pelakon utama Parti Melayu Pas

Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran Parti Melayu Pas di Auditorium MBSA Shah Alam adalah siri bermulanya Pas membongkar kejahatan politiknya selama ini kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Pas didapati telah kehilangan sokongan umat Islam, kini terpaksa mengadakan konvensyen murahan setelah mendapat rangsangan daripada China DAP, supaya memainkan sentimen di kalangan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi.

Pembongkaran kejahatan politik Pas ini dinyatakan dalam 12 resolusi yang amat jelas maksudnya.

1. PAS terpaksa meniru jejak langkah UMNO yang selamanya komited melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera. 

...ustaz politik Nik Aziz
yang rendah pengetahuan am,
terus dipilih dan dijadikan haiwan politik DAP..

2. PAS mengaku silap menderhaka dan kini berjanji terpaksa mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


3. PAS telah sedar dan insaf kerana mempolitikkan agama Islam dan kini berjanji akan beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu.

..d hadapan Guan Eng,
Pas istihar menolak al-quran 
sebagai perlembagaan negara,
dan menggunapakai semula perlembagaan penjajah

4. PAS menyedari pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah seperti yang diamalkan oleh UMNO.

...hasil mahsul Kelantan adalah untuk kerajaan Pas
bukan untuk rakyat...

5. PAS telah sedar pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan mengubah daripada perjuangan kerana Islam kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera yang selama ini telah berjaya dilaksanakan oleh UMNO-BN.

6.  PAS akan terus mendapatkan undi daripada kaum bukan Melayu dengan berjanji akan mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain seperti yang telah dilaksanakan oleh UMNO-BN selama ini;

...Cuvinist-Racist China DAP sangat memuliakan
Ustaz Politik Nik Aziz.
Aset utama pelaburan politik DAP

7.  PAS telah menginsafi kebenaran dan keberkesanan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam seperti yang sedang dilaksanakan oleh UMNO-BN di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.;

8. PAS berjanji akan mengikuti jejak langkah UMNO-BN untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
...Ustaz Politik Nik Aziz,
akan pinda "rasuah" kepada
"pemberian kepada  yang memerlukan"
9. PAS mengaku keberkesanan dasar-dasar UMNO mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu dan berjanji akan mengikut jejak langkah yang baik itu.;

10. PAS mengiktiraf usaha gigih UMNO mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang dan akan mencontohi usaha murni tersebut;


11. PAS berjanji akan menuruti dasar yang telah diamalkan oleh UMNO-BN yang mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
...generasi hasil tarbiah islamaiah Parti Melayu Pas

12. PAS yakin dengan sistem pendidikan holistik yang menjadi dasar Pendidikan Negara yang disediakan oleh UMNO-BN dalam usaha membina jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang dan berjanji akan mencontohi pelaksanaannya.

Komen Bahtera:

Seluruh Rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa semua resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa  anjuran Pas itu adalah sebagai usaha membongkar kejahatan politiknya selama ini.

Pas dilihat tidak mampu meletakkan dirinya dalam arus politik semasa tanahair di mana Rakyat tidak lagi terpukau dengan ceramah retorik yang memperalatkan agama dan menghina bangsa sendiri. 

Dengan itu Pas cuba melihat faktor kejayaan UMNO-BN dan cuba berpatah ke belakang dengan cuba mengambil pendekatan UMNO-BN itu untuk dilaksanakan dengan harapan Pas juga akan mendapat kejayaan seperti yang dialami oleh UMNO-BN.

Sekarang PAS sudah menginsafi dan menyedari kesilapannya selama ini yang memusuhi UMNO sedangkan Rakyat kasih pada UMNO kerana dasar yang diamalkan oleh UMNO-BN adalah dasar yang diperlukan oleh Rakyat. 

UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
UMNO-BN itu Rakyat Malaysia dan Rakyat Malaysia itu UMNO-BN.

Di Shah Alam, Pas sebenarnya telah mula membonmgkar kejahatan politiknya sendiri.

2 ulasan:

Bahtera Merdeka berkata...

Tanpa Nama berkata...
BULLSHIT...

aku mmg geram gila dgn pas ni. aku start bc harakah dr zaman tak kaler 5 kupang ke zaman kaler x igt brp kupang sampai ade artikel english, skrang dah advance kot ader mandarin dan tamil aku tak tau pasai dah stop bc pasai mula2 maki al juburi pastu jd 'pujaan hatiku' yg telah membuatkan aku ragu2 dgn geng2 kopiah ni. kalo ikut zack al nordin pak janggoat, which i wanna add... able to BULLSHIT...

haiya...
dulu lu ckp asabiyah,
dulu lu ckp haram undi kapir,
dulu lu ckp x boleh undi pompuan,
dulu lu ckp perlembagaan kapir,
dulu lu ckp kongsi kerajaan dgn org kapir jatuh hukum kapir,
dulu lu talk a lot ohh,
dulu lu talk based on quran n hadis, munafik punya olang

itu dulu kan, belakang sudah tukar. sama itu geng2 fan club dan masses bukan melayu bolehlah lu BULLSHIT...

hak tuih...

Tanpa Nama berkata...

BILA RAKAN SENDIRI DLM PAKATAN MULA MELUDAH ANUWAR NAK KATE APE LAGI...KEHKEHKEH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...