Pengikut

Rabu, 22 September 2010

Gerombolan Pakatan Pembangkang: Mencabuli Dasar Ciptaan Sendiri


Dasar Pakatan Rakyat
@alias Dasar Gerombolan)

Gerombolan Pakatan Pembangkang (DAP, PKR dan PAS) telah merangka deklarasi pakatan bertujuan untuk memenangi hati orang ramai.

Bagaimanapun, mereka gagal mengamalkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang mereka laungkan.

Akibatnya mereka terpaksa membohongi dan menipu orang ramai dari semasa ke semasa untuk mengekalkan sokongan.

Berikut adalah petikan dari cebisan asas prinsip-prinsip persepakatan Gerombolan:

1. Demokrasi Telus dan Tulen


A – Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang
B – Pemisahan Kuasa
C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil

Tetapi seluruh Rakyat sudah nampak perangai sebenar mereka:

A. Negara Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang


Mentarbiyyah pengikut dan menggalakkan penyokong mereka bertindak ganas.
Menafikan keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang 


Menganjurkan keganasan, kebencian dan provokasi
Menjunjung tinggi teknik menghina sebagai asas perjuangan supaya dianggap Hero Rakyat

Biadap, kurang ajar, tidak bertamadun,
Berjiwa ganas dan menggalakkan jiwa memberontak
Mencabar dan terus menghina Raja-Raja Melayu


B. Pemisahan Kuasa


Memperkudakan rakyat untuk dapat kuasa bagi kesejahteraan keluarga sendiri
Memperbodohkan orang ramai untuk menutup perbuatan terkutuk

Menggunakan parti dan menguasai kedudukan untuk dikongi sesama sendiri
Menggunakan kebodohan penyokong parti pembangkang untuk terus memanilpulasi mereka


Mencampuradukkan kepentingan politik dan perundangan untuk bisnes keluarga
Menguasai jawatan dalam pakatan anak beranak untuk kepuasan keluarga

Mengaut, mengumpul dan menikmati kekayaan negeri sesuka hati
Melantik kroni dan keluarga sendiri untuk manipulasi hasil negeri

C – Sistem Pilihanraya Yang Bersih, Bebas dan Adil



Menganjurkan keganasan bersiri bagi setiap pilihanraya umum atau kecil
Mengamuk berasaskana khabar angin dan fitnah liar
Membina persepsi negatif berterusan untuk membakar sikap ganas


Bertindak di luar batas undang-undang dan kemanusiaan
Mencabar dan menghina pasukan keselamatan dan sistem perundangan
Mengenepikan ajaran agama dan menghina Islam untuk dipamerkan kepada bukan Islam
 

Selasa, 21 September 2010

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...: "Memahami Pemikiran dan Metaliti PASDengan bangganya Drs Khalil Idham Lim, seorang penganut Islam yang mendapat tarbiyyah anjuran parti poli..."

Anwar Ibrahim Pembohong Tegar


PKR semakin pupus...Anwar menghampiri tarikh lupus

UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu untuk membebaskan bangsa, agama dan negara dari penjajah. PKR ditubuhkan untuk memberi Anwar Ibrahim kebebasan bermain politik bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Akhirnya UMNO membawa kepada penyatuan pelbagai kaum yang berbeza agama, adat resam dan nilai dapat hidup bersama sambil membangunkan rakyat dan negara.
Penubuhan PKR membawa kepada penyatuan individu-individu yang desprate, konspirator, cauvinist-racist yang membawa negara kepada budaya ganas, demonstrasi liar, pemupukan budaya membrontak dan penafian nilai agama.

Penubuhan UMNO mendorong kepada pembentukan Barisan Nasional, parti kepentingan pelbagai kaum.
Penubuhan PKR menjana pembohongan, harapan palsu, peningkatan perpecahan dan keselamatan negara.

UMNO-BN disokong dan disayangi rakyat selama lebih 50 tahun dengan jasa bakti yang tidak ternilai.
PKR baru ditubuhkan dan kini mula dibenci dan dijauhi rakyat kerana pendekatan politik kotor dan berbahaya.

Rancangan dan Grand Design Anwar semakin terbantut. Yang tinggal menyokong hanyalah budak-budak suruhan yang sedang kebingungan setelah dituba dan diracuni pemikiran mereka. DAP pasti akan membantu Anwar untuk menjaga momentum ini sebaik mungkin. DAP berminat melihat bangsa Melayu-Bumiputera berpecah, agama Islam dihina dan kuasa politik Melayu-Bumiputera diambilalih oleh kaum China.

Kini PKR dilanda masalah dalaman yang serius dan penyokongnya sedang menunggu masa untuk dibohongi dan dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim sekeluarga serta rakan-rakan yang sama kepentingan dengannya.

Baca seterusnya

1. Penipuan pemimpin PKR didedah


KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.
......“Mereka sebelum ini hanya pandai menuduh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan ketika pilihan raya.
“Pihak terbabit sudah pasti akan bertindak balas sama ada secara fizikal atau mental untuk menghalang saya, tetapi saya tidak akan berhenti daripada berjuang selagi mana yang boleh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Nik Aziz: "...tugas ambo bunuh AMENO...tugas mu tegakkan Isle...
Lim Kit Siang: "...orait tok guru..anak ambo peretah Penang ikut Islam dah..

baca seterusnya klik sini

2. Calon direstui Anwar 'selamat'  -

KOTA BHARU 20 Sept. - Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemilihan parti itu lebih menjurus kepada pemilihan yang telah diatur dengan mereka yang direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti 'akan selamat'.
Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, perebutan jawatan menjelang pemilihan PKR juga menunjukkan kerakusan pemimpin-pemimpin yang ada untuk menempatkan diri mereka dalam saf kepimpinan tertinggi parti itu.
....."Siapa yang direstui oleh Anwar akan selamat. Anwar berpolitik terlalu licik," katanya.
Mengenai kedudukan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, beliau menyifatkan isteri Anwar itu ibarat 'patung bernyawa' kerana tidak ada suara apabila semua keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh mereka yang pro-Anwar.
"Hampir kebanyakan keputusan dibuat oleh Anwar, maka sebab itu apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR, Anwar yang 'diserang' oleh pihak lawan, bukannya Wan Azizah," dakwanya.
Baca seterusnya  klik sini
3. Zaid dedah Wan Azizah kurang dihormati
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Persaingan merebut jawatan nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan akhir bulan depan semakin hangat apabila Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail kurang dihormati oleh ahli-ahlinya.

"Kita tidak boleh membiarkan Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang, terlalu kerap saya dengar bisikan kononnya Wan Azizah bukan ketua sebenar.
"Malah ada pula yang mengatakan beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan Presiden," katanya
"Kalau saya menang, saya akan membantu Presiden memenuhi tanggungjawab beliau. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata," katanya
Baca seterusnya klik sini
4. Rayuan Anwar ditolak lagi


PUTRAJAYA 20 Sept. – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa ia tiada bidang kuasa untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya.
......Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Azhar Ma‘ah sebulat suara menolak rayuan Anwar tanpa mendengar merit rayuan tersebut.
Ini merupakan percubaan kedua Anwar membatalkan pertuduhan, kali ini atas alasan integriti pihak pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dengan saksi utama pendakwaan itu.
Kali pertama pula menerusi alasan bahawa pertuduhan tersebut adalah lemah berdasarkan ‘tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau kemasukan ke dubur’, tetapi ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Baca seterusnya klik sini





Isnin, 20 September 2010

Kaum India dan China Bunuh Indon: Bendera Malaysia Yang Dibakar!!







Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia dan Indonesia:

A. Murugan (India) bunuh Mantik Bt. Hani (Indon)
Michelle (China) dera Siti Hajar (Indon)
Yim Pek Ha (China) dera Nirmala Bonat (Indon)

Tetapi rakyat Indonesia membakar Jalur Gemilang simbol maruah rakyat Malaysia.

Hari ini heboh Peguam K. Patmanaban (India) pula dituduh ada kaitan kes pembunuhan Sosilawati (Melayu).

Semua berita ini membuktikan bahawa samada Melayu Malaysia atau Melayu Indonesia adalah mangsa kepada India dan China. (*Bukan semua India dan China itu pembunuh dan tak mungkin semua Melayu itu boleh dibunuh samada di Malaysia atau di Indonesia)

Mengaitkan negara dan menuduh Kerajaan Malaysia sehingga membakar bendera adalah tidak wajar sama sekali. Yang terlibat hanyalah beberapa orang India dan orang China. Semua rakyat Malaysia mengutuk perbuatan haiwan yang berpakaian manusia ini.

UMNO dan Barisan Nasional selamanya berjaya memerintah negara dengan dasar yang memungkinkan rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam hidup sejahtera. Juga mempraktikkan dasar luar yang sangat diplomatik sehigga hubungan politik, perdagangan dan kebudayaan terjalin dengan berkesan.

Hari ini, Gerombolan Pakatan Pembangkang sedang giat memporak-perandakan pemikiran rakyat supaya membeci kerajaan dan mengajak mengundi mereka dalam PRU 13.

Rakyat seluruhnya sudah mengerti permainan Gerombolan Pakatan Pembangkan ini.
Merekalah yang menyokong penderhaka al-Maunah, memuja pengganas Memali, dan banyak lagi peristiwa yang dikutuk oleh rakyat tetapi disanjung oleh mereka.

Mari kita  kekalkan perpaduan, muhibbah dan kesejahteraan bersama ini untuk membangun dan terus mencipta kemajuan.

DS Najib yang mengetuai kerajaan pasti berjaya menangani kemelut yang sengaja dicipta oleh Gerombolan pakatan Pembangkang ini, sebagaimana kita Rakyat Malaysia pernah berhadapan dengan Gerombolan Komunis dan berjaya memenjarakan mereka di selatan Thailand.

Khamis, 16 September 2010

Fadilat Puasa: Dari Sudut Agama dan Politik



Dari sudut agama, Ibadat puasa melatih diri kita untuk membentuk diri, ahli keluarga, sanak saudara dan umat masyarakat dalam semua bidang kehidupan. Tujuannya adalah mengharapkan supaya kita dapat masuk ke syurga dan mengelakkan diri dari masuk ke neraka di akhirat nanti.
Dari sudut politik pula, pada bulan yang mulia ini kita memperingati semula peristiwa orang-orang Islam terdahulu memperoleh kemenangan di bulan Ramadhan seperti dalam peperangan Badar, kemenangan dalam peristiwa penaklukan Mekah dan kemenangan dalam peritiwa di ‘Ain Jalut mengalahkan bangsa Tartar.

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan hari Jumaat tahun kedua hijrah semasa umat Islam baru menerima kewajipan berpuasa. Hanya dengan kekuatan 313 orang Rasulullah s.a.w. keluar bersama sahabatnya tentera musyrikin Makkah yang berjumlah seramai 1000 orang yang lengkap bersenjata.

Peperangan ini berlaku antara satu rumpun bangsa yang berbeza sistem kepercayaan. Satu pihak beraqidah dengan sistem kepercayaan Islam dan satu pihak lagi tidak percaya kepada sistem kepercayaan Islam.

Sebelum peperangan Badar bermula, Rasulullah s.a.w. yang beraqidah dengan sistem kepercayaan Islam telah bermunajat dan mengadu kepada Allah SWT:

“ Wahai Tuhanku! jika sekiranya pasukan kecil ini kalah nescaya engkau tidak lagi disembah.” (Muslim).

Jelaslah bahawa Rasulullah berserah kepada Allah untuk memelihara anak isteri dari menjadi tawanan, dibunuh, dirampas harta benda dan tanah air  akan dijajah kerana inilah pewaris umat yang akan meneruskan syariat dan syiar sistem kepercayaan Islam kemudian hari.

Berbeza pula dengan Abu Jahal yang memimpin tentera musyrikin dari Makkah yang dikatakan telah berkata:
:
“Wahai Tuhanku! Inilah dia orang yang memutuskan silaturahim (memecah belah anak beranak) dan membawa ajaran sesat, maka binasakanlah dia di pagi ini.” (al-Hakim)

Abu Jahal adaalah contoh golongan anti sistem kepercayaan Islam dengan mempertahankan kesesatan tetapi berselindung di sebalik silaturahim. Golongan ini mengenepikan risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad dan melabelkan orang-orang yang tidak menyokongnya sebagai kurang beriman atau sesat. Golongan Abu Jahal sama sekali terlupa bahawa peranan utama umat Islam adalah untuk mentauhidkan Allah, mengabdikan diri kepada Allah, di samping menolak syirik kepada-Nnya, dan cara hidup yang lain daripada yang diajar oleh Allah SWT .

Begitulah keyakinan tentera Islam bersama Nabi yang berpegang kepada sistem kepercayaan Islam walaupun Nabi Muhammad memberi pilihan kepada mereka sama ada balik ke Makkah atau menghadapi musuh yang lebih besar ini. Akan tetapi pengikut Nabi Muhammad tetap berpegang kepada maksud ajaran di dalam  Al-Quran al-Karim yang diturunkan di bulan Ramadhan yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam).” (Surah al-Isra’, ayat 9).
“Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Surah Ali Imran, ayat 123).
Manakala peristiwa pembukaan Makkah juga berlaku dalam bulan Ramadhan, di mana Rasulullah terpaksa menentang tentera yang dipimpin oleh Abu Sufyan yang juga dari kalangan kaum kerabat Rasulullah sendiri. Ia berlaku kerana Abu Sufyan telah membatalkan perjanjian Hudaibiah dan menyebabkan Kota Makah ditawan oleh orang-orang Islam. Ini membuka peluang kepada lebih ramai penduduk Mekah menganut sistem kepercayaan Islam. Ini juga berlaku dengan pertolongan Allah di bulan Ramadhan.
 
“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah al-Nasr, ayat 1 – 3).

Begitulah juga dengan peristiwa Ain Jalut apabila tentera Tartar dari Asia Tengah berjaya menawan Baghdad yang menjadi pusat kerajaan Abbasiyah dan pusat pemerintahan Islam. Golongan Tartar telah memaksa umat Islam dengan merangka perlembagaan yang bernama Yasak yang diambil daripada fahaman Islam, Yahudi dan Kristian serta akal fikiran sendiri. Islam diambil untuk menipu umat Islam pada masa itu. Tentera Tatar terus mara untuk menakluk Shams dan Mesir tetapi apabila sampai ke Palestin di tempat yang dikenali dengan Ain Jalut, bala tentera Islam telah bangkit menentang kaum Tatar yang dikatakan pada masa itu mustahil dapat dikalahkan. Dengan semangat Islam, Allah mengurniakan pertolongan kepada umat Islam di Ain Jalut pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Marilah kita mengambil semangat Ramadhan ini dengan menyedari bahawa umat Islam di negara kita yang dicintai ini adalah umat yang merdeka dan bermaruah setanding dengan negara-negara lain yang merdeka. Umat Islam di negara kita dapat membina kehidupan sebagaimana yang diajarkan dalam sistem kepercayaan Islam. Kerajaan kita sangat prihatin dan menjaga syariat dan syiar Islam. Rakyat kita yang bukan beragama Islam tidak dizalimi atau dibunuh sebagaaimana yang berlaku di Iraq, Thailand, Filipina, Palestin, Chechen, dan sebagainya. Di dalam masa yang sama, pendidikan dan pemikiran umat Islam turut disuburkan dengan sistem pendidikan yang sistematik selaras dengan undang-undang perlembagaan yang selama ini terbukti berjaya mematuhi dan memenuhi tuntutan agama sebagaimana yang diajarkan di dalam sistem kepercayaan Islam.

Sesungguhnya kita tidak mendapat kemuliaan sekiranya kita tidak mempraktikkan atau melaksanakan ajaran Islam, sebagaimana yang diucapkan oleh Saidina Umar r.a :

Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada kemuliaan Islam, pasti Allah SWT akan menghina kita.

Hari umat ini umat Islam di Malaysia dipelihara Allah dengan rezeki yang murah, kehidupan yang damai dan keselesaan mengamalkan syriat Islam di samping berjaya membina syiar Islam sehingga dihormati oleh negara-negara Islam yang lain. Di samping itu rakyat yanag bukan beragama Islam terus menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka masing-masing. Dengan nikmat itu umat Islam telah berjaya melaksanakan berbagai-bagai program untuk meninggikan agama Allah di negara ini. Begitulah hikmah di sebalik ibadah puasa dari sudut Politik 
Cuma malangnya ada juga golongan yang menjadikan motif kebendaan sebagai matlamat hidup mereka di samping ada juga golongan yang menjadikan agama Islam sebagai alat politik untuk mendapatkan undi. Pastilah golongan ini akan menjadi hina dan mendapat kehinaan daripada Allah SWT.

Rabu, 15 September 2010

PAS Terus Sujud Kepada DAP


DAP sangat berminat membangunkan Islam bersama PAS

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Betapa sedih dan malu baginda melihat tempat ibadat suci Islam dipolitikkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang disokong oleh Parti PAS yang ahli dan pemimpinnya terdiri daripada orang yang mengaku beragama Islam. Bolehkah kita bayangkan?

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching secara terang-terangan memperbodohkan AJK Surau Al-Huda Kajang dengan cara merasuah dengan harga yang amat murah dengan alasan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah berjaya memperalatkan jawatankuasa surau dan berjaya pula menyampaikan ucapan politik ringkas. Insiden itu sesungguhnya memperlihatkan betapa rendahnya aqal budi pengikut dan pemimpin PAS dalam usaha mereka meraih undi dan dalam masa yang sama sanggup menghina dan mencemar imej Islam.

Kerana percaya dan beranggapan itulah perjuangan Islam, maka pengikut dan pemimpin PAS terus berasa seronok dan dalam khayal mempersendakan seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dahulunya berjaya menonjolkan ruh tasamuh (toleransi) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim tanpa menghina dan menjatuhkan maruah agama sebagaimana yang dilakukan oleh parti politik PAS dan AJK surau al-Huda. Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran, sangat jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PAS di Kajang.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! (biarkan mereka). Tetapi cauvinist-racist DAP yang diwakili oleh Teo Nie Ching bukan datang untuk berunding atau menghormati pemimpin Islam, tetapi untuk memperbodohkan umat Islam dengan mempolitikkan bantuan membaiki pagar. Manakala AJK PAS al-Huda sanggup menjadi pengemis dan talibarut DAP dengan mengenepikan imej dan maruah Islam di tangan DAP.

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi!! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid tetapi mereka gagal memahami hasrat politik DAP yang sangat halus itu.

Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah (role model) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi adalah diplomasi psikologi yang amat tinggi, tetapi apa yang berlaku di surau Al-Huda, Kajang adalah di sebaliknya di mana Ahli Parlimen DAP itu berjaya menggunakan diplomasi psikologi yang halus bermotifkan politik terhadap AJK surau yang kelihatan amat dungu.

Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah atau bercakap untuk membina populariti politik DAP di kalangan pengikut dan pemimpin PAS di surau apatah lagi kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Sebab itulah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu ahli-ahli politik seperti Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa ustaz-ustaz politik yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Walaupun mereka menutup aurat tetapi Ustaz Guru Nik Aziz, Ustaz Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum penceramah-penceramah parti politik yang memperalatkan agama di surau-surau dan di mesjid-mesjid.

Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah. Hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam tetapi menghormati dan  memelihara kesucian tempat ibadat orang Islam adalah terpakai kepada semua pihak tidak mengira Islam atau bukan Islam. Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja maka kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam menghormati apa yang dilarang oleh Islam ke atas rumah ibadat mereka.  Pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan termasuklah memakai tudung. Nie Ching termasuk dalam golongan yang berpakaian tidak sopan kerana beliau tidak bertudung sedangkan beliau mampu mematuhinya. Nie Ching mendapat keistimewaan kerana DAP mampu membantu memberi undi kepada PAS!

Umno begitu serius tentang isu menjatuhkan imej Islam kerana itu Umno sangat memberi perhatian terhadap apa sahaja isu dan tindakan yang boleh mencemarkan kesucian rumah ibadat Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh parti politik DAP dan PAS di surau al-Huda Kajang

Kejahilan PAS dalam perkara ini menyebabkan Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang  dan Ahli Parlimen Selayang itu pula “ bertazkirah” lagi maka, kesucian masjid terus dinodai oleh parti politik PAS dengan kerjasama parti politik DAP. Kerana itulah dengan tegas nya Pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

JAIS mengambil pendirian tegas untuk memelihara Islam dari terus dihina oleh parti politik DAP dan PAS. Kerana kedua-dua parti politik ini sangat cenderung untuk menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat meraih undi dari orang ramai. Dalam masa yang sama PAS sememangnya sentiasa menggunakan mesjid dan surau sebagai medan mereka berpolitik.

DAP juga berjalan menusukkan jarum halusnya apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah. Sepatutnya tempat Lim Guan Eng itu sebaik-baiknya diletakkan Yang DiPetua Pulau Pinang bagi mewakili sekalian pemimpin negeri itu. tetapi kerana bermotifkan politik, kebijaksanaan dan roh khutbahpun diselewengkan oleh parti politik PAS


Mengapakah PAS terus menerus mempertahakan kebodohan, kejahilan dan kesalahan yang telah mereka lakukan? Jawapannya mudah sekali iaitu DAP perlu terus memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah PAS akan terus menerus membantu DAP untuk mengekalkan kuasa dan dalam masa yang sama merampas kuasa [politik dari tangan orang Islam. Bagi mendapatkan undi PAS berpegang kepada "matlamat menghalalkan cara". PAS tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak. Telah banyak bukti demi bukti yang mereka lakukan. Pasti Allah maha mengetaui.

Lihatlah pendirian PAS dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. PAS juga menyokong pendidikan ganas Ibrahim Libya di Memali Kedah dan al Maunah di Jenalik Perak. PAS selalu gagal memahami seerah nabawi apatah lagi untuk menjaga kesucian agama.

Inilah padahnya apabila agama itu dipolitikkan. Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Selasa, 14 September 2010

KOMUNISM: Keluar Hutan Masuk Parlimen

Setelah ditentang oleh kerajaan dan rakyat, komunisme lari ke dalam hutan.
Kerajaanpun berpeluang melaksanakan agenda membela rakyat.
Hasilnya selepas zaman darurat, negara dapat dibangunkan dan rakyat berbilang kaum dan agama hidup dalam sejahtera.

Tetapi kini, Gerombolan Pakatan Pembangkang nampaknya berminat menggunapakai kaedah dan pendekatan yang dahulunya digunakan oleh Parti Komunis Malaya, iaitu:
  1. Menghasut pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan yang sah.
  2. Menyuburkan perasaan benci kepada kerajaan dan parti pemerintah.
  3. Menyebarkan fitnah dan maklumat palsu untuk mengelirukan rakyat.
  4. Sengaja mereka-reka isu dan fakta yang tidak benar untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan.
  5. Menidakkan kebaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat untuk mengekalkan kebencian.
  6. Membesar-besarkan isu remeh dan mempengaruhi rakyat supaya rakyat terus menerus membenci kerajaan
  7. Memperalatkan persatuan pelajar, persatuan belia, persatuan kebudayaan dan NGO menyemaikan benih-benih kebencian kepada kerajaan.
  8. Berusaha untuk melemahkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman, pasukan polis dan perlembagaan negara.
  9. Memanipulasi kaum belia dan generasi muda dengan idea-idea memberontak
  10. Menggunakan demonstrasi jalanan untuk menaikkan semangat melawan kerajaan
  11. Menukar agama sebagai satu sistem kepercayaan kepada agama sebagai satu sistem politik berparti.
  12. Melaga-lagakan sentimen perkauman
  13. Menggunakan kenaikan harga barang untuk menghasut dan menyuburkan kebencian dengan fakta dan alasan yang sengaja dibesar-besarkan
Ideologi Komunis Keluar dari Hutan
Kini Masuk ke Parlimen Kita
Meresap ke kampung kita
dengan bebas dan berterusan!!!

Kami yakin DS Najib
Nampak Fenomena ini dengan jelas.
...dan akan menanganinya
sebagai satu amanah negara, agama dan bangsa
yang amat besar

Baca seterusnya:
Sumber: http://kunakians.blogspot.com/2009/06/komunis-tunggu-masa-sesuai-kembali.html

Ideologi komunis telah melakarkan sejarahnya di abad keduapuluh - lakaran yang penuh dengan penindasan dan kekejaman, pembunuhan dan tangisan. Ahli-ahli sejarah menganggarkan bahawa ideologi komunisma telah mengorbankan 120 juta jiwa sejak Revolusi Rusia pada tahun 1917.

Korban yang jatuh bergelimpangan bukan sahaja dari kalangan tentera yang gugur di medan pertempuran tetapi juga rakyat jelata yang menjadi mangsa pembunuhan rejim yang menguasai negara mereka sendiri. Dunia pernah menyaksikan penyembelihan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komunis (termasuk Chin Peng).

Ideologi bangsat ini dengan sewenang-wenang telah meragut ratusan juta jiwa tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dari yang tua hingga ke remaja termasuk bayi.

Rejim-rejim komunis telah merampas hak asasi dan kebebasan puluhan juta manusia, mengusir mereka dari kampung halaman dan secara sistematik melemparkan mereka ke lubang kebuluran, perhambaan di kemah-kemah kerjapaksa dan penjara.

Berjuta-juta lagi menjadi sasaran kumpulan-kumpulan gerila dan organisasi pengganas komunis, tidak kurang pula yang terpaksa hidup dalam ketakutan akan menjadi sasaran peluru mereka.

Sejak keruntuhan Soviet Union pada Disember 1991, pengaruh komunis seakan-akan telah berakhir. Benarkah demikian, atau masihkah komunisme menjadi ancaman kepada keharmonian hidup rakyat di setiap negara didunia ini?

Sungguh malang bagi Malaysia, negara yang amat kita cintai, kerana dalam dekad pertama abad ke-21 ini ada rakyatnya yang cuba membawa kembali ketua tukang sembelih keparat itu.

Nampaknya selama ini komunisme hanya bersembunyi dan menanti datangnya keadaan-keadaan yang sesuai bagi mereka untuk tiba-tiba muncul menerkam dan membaham mangsa. Mereka telah memasang perangkap - menutup lubang buaya mereka dengan pelbagai hiasan. Rupa dan nama mereka mungkin sudah berubah namun ia tetap menunggu dan mencari kesempatan serta saat yang sesuai untuk kembali memporak-perandakan dan mengheret manusia ke kancah penderitaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...