Pengikut

Sabtu, 29 Januari 2011

Normala Akui Suaminya Terpaksa Tinggalkan Tugas Sekolah Kerana Banyak Komitmen


Normala mengakui bahawa suaminya terpaksa meninggalkann tugas di sekolah kerana terlalu banyak komitmen.

Normala juga menjelaskan suaminya memang mendapat Sijik Cuti selama 21 hari berturur-turut. Untuk mendapatkan cuti itu hanya perlu diperiksa selama 10 minit sahaja bagi setiap temujanji dengan Doktor di Klinik Kerajaan dan swasta. Cuti Sakit yang panjang itu perlu diberikan kerana Hospital Besar hanya ada di Labis.

Penyakit yang datang secara tiba-tiba itu telah mendapat rawatan yang sangat berkesan di klinik-klinik tersebut. Doktor ini telah berjaya  memulihkan penyakit suaminya dengan serta merta juga dan kini meneruskan kerja-kerjanya yang begitu banyak tanpa halangan kesihatan lagi.

Oleh kerana sangat sibuk, Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

(Sumber berita: Detikdaily)

Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."

"Suami saya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja. Saya harap agar isu ini tidak dijadikan spekulasi dan disensasikan oleh media.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan dia (suami) baik dan emosinya sudah semakin stabil," katanya.

Normala turut mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti sakit di hospital besar di Segamat kerana tiada hospital besar di Labis.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Maarof gagal kerana panggilan telefon tidak berjawab.



2 ulasan:

shazmonaz berkata...

parti berlandaskan bangsa lagi baik dari berlandaskan agama.. agama semua wajib tahu tapi nak pertahankan bangsa amat susah.. bersatulah UMNO/PAS/PKR..

Wanredone berkata...

Tahniah Tok Ai, Tahniah BN! Menang dengan Tenang & Senang, syabas!

Jumlah pengundi: 14753

Melayu 7014
Undi : BN 4536
PAS 696

Cina 5765
Undi: BN 2789
PAS 1279

India + 1974
Undi : BN 1298
PAS 281

BN 8623
PAS 2256

Majority 6367

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...