Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

Larangan Bertugas: Pas Bersumpah Nak Rosakkan Periuk Nasi Kakitangan Awam


Parti Melayu Islam PAS sudah bersumpah dan memberi amaran akan merosakkan periuk nasi Kakitangan Awam.

Dengan nada keras dan tegas, Pas akan menangkap dan dan mengenakan tindakan disiplin kepada Kakitangan Awam yang menjalankan tugas mereka.

Selanjutnya Pas akan menentukan Kakitangan Awam akan diberhentikan kerja dan dengan itu merosakkan periuk nasi mereka.

Sumber: Sinar Harian

Shah Alam: Pas akan sentiasa memantau pergerakan agensi kerajaan persekutuan sepanjang kempen PRK DUN Tenang bagi mengelakkan sebarang salahguna kuasa berlaku.

Timbalan Pengarah 1 PRK DUN Tenang, Mazlan Alimin berkata pihaknya telah memulakan proses pemantauan sebelum tempoh berkempen bermula sejak minggu lalu.

Menurutnya, pemantauan awal ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada penjawat awam supaya tidak melanggar etika pekerja semata-mata untuk memenangkan Barisan Nasional (BN)

"Kita telah mulakan pemantauan ini, dan mahukan pihak berkenaan tidak berkempen awal untuk BN".

"Kepada mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tatatertib dan boleh kehilangan 'periuk nasi mereka'," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Jelaslah bahawa perjuangan Pas sudah sampai ke penghujung hayat.

Rakyat, terutama Kakitangan Awam semakin bosan dengan sikap dan perilaku tidak bertamadun parti itu. Menceroboh dan mengganggu tugas Penjawat Awam kerana kepentingan politik parti yang tidak pernah diterima oleh rakyat selama ini.

Pas kelihatan terpaksa menggunakan kaedah mengancam, memberi amaran dan menakut-nakutkan pihak yang tidak bersalah termasuk Kakitangan Awam, semata-mata kerana  terlalu taksub untuk mendapatkan undi secara mudah.

Rakyat sedia maklum bahawa Kakitangan Awam sudah ditentukan tugas dan peranan mereka mengikut Kementerian dan Jabatan masing-masing. Mereka perlu menjalankan tugas dan menerangkan semua dasar-dasar kerajaan dan program-program yang diambil untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Apabila Kakitangan Awam, samada Pengarah atau Pegawai Bawahan bertemu rakyat, mereka adalah menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Gaji mereka dibayar untuk melaksanakan tugas untuk rakyat. Rakyat sentiasa menanti kehadiran mereka dan rakyat sememangnya dahagakan sentuhan khidmat awam secara berterusan.

Melarang Kakitangan Awam bertemu rakyat samalah dengan perbuatan melarang usaha memajukan rakyat dalam pelbagai bidang.

Pas nampaknya sangat takut rakyat mendapat pembelaan. Pas tidak mahu rakyat dibela dan kehidupan mereka bertambah baik dari semasa ke semasa. Pas tidak senang hati harga komoditi bertambah baik. Pas susah hati jika penoreh getah dan pekebun kelapa sawit menikmati hidup yang lebih selesa. Pas menjadi kelamkabut jika peniaga pasar malam dapat menambah keuntungan dan petani di desa berjaya meningkatkan produk tani.

Sebab itulah perjuangan Parti Melayu Islam Pas ini hanya bertumpu kepada usaha menanam kebencian, ketakutan dan saling bermusuhan di kalangan umat Islam.

Sehingga kini Pas tidak mampu mengemukakan idea-idea yang bernas untuk memajukan rakyat. Pas hanya mampu mengeluarkan idea yang merosakkan, yang mengandungi unsur-unsur mengancam.

Benarlah seperti anggapan Ahli-ahli dan pengikut parti itu bahawa "Pas adalah haiwan peliharaan dan tunggangan DAP kerana Pas sanggup melacurkan agama Islam".

Pas sudah bersumpah nak rosakkan periuk nasi Kakitangan Kerajaan, tetapi ancaman itu tidak memberi kesan apa-apa kerana Kakitangan Kerajaan adalah Rakyat Malaysia yang selama ini bersama Kerajaan memajukan agama, bangsa dan negara.

Baca seterusnya mengenai Minda Pas Kasta Rendah: http://ujangranggi.blogspot.com/ 



4 ulasan:

Unknown berkata...

Alahai Pas...belum umum lagi calon...
mana boleh berkempen...

Kakitangan tu bekerja sepanjang masa..tugasnya mendekati rakyat.

Pas dan pembangkang betulah bekerja bila dekat pilihanraya jer...

Teruk lah parti harga barang naik ni...

Unknown berkata...

Ketakutan Pas dan pakatan pembangkan semakinmenjadi2..
Mereka sudah seperti cacing kepanasan dan mula takut dengan bayang2 sendiri..

Kita yakin rakyat tetap bersama kerajaan yang tidak banyak beretorik tetapi terus menerus melaksanakan amanah dengan meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Ular Menyusur Akar berkata...

Step akhir provokasi dan gangsterism.

agbr47: Pengalaman menyatakan keadaan.

nuar berkata...

Namapun dah kakitangan kerajaan.Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan BN.Ini peluang terbaik kakitangan kerajaan untuk bersama penduduk kawasan DUN Tenang.Nak sokong saper itu hak rakyat biar rakyat yang pilih...Ingat rakyat semakin bijak membuat pilihan.Air liur retorik sajer tak menjamin aper-aper.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...