Pengikut

Jumaat, 31 Disember 2010

Hello Nyonya DAP, Lu Hingat Agama Islam Pun Mesti Kongsi Samarata Ke?

 Nyonya tau tak...diorang ni penganut Islam Politik
Kerana UNDI..pijak sejadah tempat Umat Islam sujud pun takpe..
Untong la Nyonya dapat buat bai'ah dengan species ni.

Nyonya DAP, Teo Ni Ching, yang juga Ahli Parlimen Serdang telah memasuki kawasan Mesjid Taman Cheras Jaya, Balakong untuk Sambutan Maal Hijrah Pakatan Pembangkang.

Perbuatan memasuki kawasan suci orang Islam tanpa mematuhi adab tertib adalah halal di sisi Parti Melayu Islam Pas. bagaimanapun kesilapan Teo Ni Ching ini telah mengundang kritikan pelbagai pemimpin dan Pertubuhan Islam yang lain.

Sebagai pemimpin dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan, Teo Ni Ching sepatutnya terus sahaja memohon maaf dan berjanji tidak melakukannya lagi di masa hadapan. Apatah lagi isu agama adalah amat sensitif di negara ini dan semua pemimpin seharusnya faham.

Teo Ni Ching bukan sahaja tidak memohon maaf atas kesilapan itu, malah menyemarakkan lagi dengan mempertikaikan intipati ajaran Islam mengikut akal fikirannya. 

Perbuatan ini menyebabkan ramai pemerhati membuat kesimpulan bahawa keterlanjuran yang disengajakan dan kedegilan Teo Ni Ching adalah satu strategi Parti DAP yang terkenal sebagai parti yang berjuang dengan menyemarakkan sentimen perkauman.

Teo Ni Ching dalam blognya mengemukakan beberapa persoalan. Didapati dengan sengaja persoalan ini dicetuskannya untuk menusuk dan menceroboh jauh ke dalam sempadan agama.

Antara tusukan tajam dan berbisa Teo Ni Ching DAP ini adalah seperti berikut:

"Hampir 30 tahun saya tinggal di Negara ini, tetapi saya semakin keliru. Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau?  

Dah 30 tahun! Sekarang baru Nyonya dan DAP dapat masuk mesjid dan surau untuk dapatkan UNDI. Nyonya ucap terima kasihlah dan buatlah kenduri doa selamat dan kesyukuran dengan Parti Melayu Islam Pas kerana telah sanggup bai'ah dengan Nyona dan DAP.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid?   

Nyonya baru tahu ke, perkarangan mesjid tu maksudnya dalam kawasan mesjid. Masih dalam boundry tempat suci orang Islam. Nyonya dan DAP tahu tak, di luar tepi pagar mesjidpun tak sesuai sesiapapun buat kelakuan sembarangan. Masyarakat kita selama ini saling menghormati antara satu sama lain.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?  

Rakan-rakan BN dari MCA dan MIC tak sibuk pun nak baca quran. Mereka juga boleh dapat sokongan dan UNDI sejak sekian lama. Nyonya dan DAP berminat sangat nak baca quran apasal? Sebab nak kaut UNDI dari penyokong PAS dan PKR ke?

"Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah? 

Kalimah dalam agama Nyonya sendiri pun dah terlalu banyak. Kenapa tiba-tiba bersungguh-sungguh nak guna Kalimah Allah. Selama ni tak sah ke anutan agama Nyonya dan DAP sebab tak guna Kalimah Allah? Macam mana ni Nyonya, takkan lah kerana nak dapatkan UNDI, nama Allah diperdagangkan.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh ucap “assalamualaikum”? 

Ucapan "assalamualikum" adalah ucapan doa di kalangan ummat Islam kepada saudara seagamanya. Agama lain ada cara mereka sendiri. Nyonya dan DAP sibuk nak gunakan ucapan ini pulak mengapa? Nak jadikan bahan psikologi supaya mudah dapat UNDI dari pengikut PAS dan PKR kan!

"Sama ada orang Muslim tidak sepatutnya menghadiri majlis perayaan agama yang lain?

Setiap agama "wajib" mengadakan "majlis agama" masing-masing, tetapi "tidak wajib" memaksa penganut agama lain menghadiri majlis mereka. Nyonya dan DAP nak cipta fatwa baru ke? Kalau nak buat fatwa baru, BM cadangkan duduklah bersama ulamak-ulamat politik Partai Melayu Islam Pas.

"Sama ada apabila orang Muslim menghadiri majlis perayaan agama Kristian, salib harus disembunyikan?

Yang penting dihadiri adalah "majlis"nya bukan "salib"nya. Kerana manfaat dari "majlis" itu amat besar dan luas seperti hormat-menghormati, muhibbah, saling mengasihi dan menghormati pemimpin. Nyonya susah hati pasal lambang salib apasal? Nak tiup sentimen agama dan perkauman kan? 


Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun UMNO kerana saya percaya Utusan Malaysia tidak berlayak untuk memberi ajaran agama Islam. Sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh penyokong-penyokong ataupun warga Malaysia melalui Facebook ataupun blog bahawa Islam adalah agama yang mengamalkan toleransi.

Nyonya memang tak layak ikut ajaran agama Islam yang diusahakan oleh Utusan Malaysia dan UMNO. Nyonya hanya layak ikut adat yang ditetapkan oleh Parti Melayu Islam Pas. Melalui Parti itu Nyonya dan DAP boleh dapat UNDI. Kerana slogan baru Pas adalah "UNDI dan DAP Diutamakan, Islam Dipinggirkan"

Gambar-gambar lain yang sedia ada di Blog dan Facebook saya tetapi tidak diterbitkan di Utusan Malaysia telah menunjukkan bahawa kehadiran saya di perkarangan Masjid Cheras Jaya tidak pernah menjadi isu kontroversi pada hari tersebut dan sebaliknya telah diterima baik oleh para hadirin. Saya akan terus usaha saya untuk mewujudkan sebuah Malaysia untuk semua anak Malaysia, iaitu Malaysian Malaysia.

Memang kehadiran Nyonya di mesjid itu tidak menjadi isu kerana Nyonya berada dalam kalangan Parti Melayu Islam yang Nyonya dan DAP boleh cucuk hidung dan tunggang macam haiwan peliharaan. Mereka memang sesuai dengan Nyonya kerana bersedia mengenepikan ajaran Islam semata-mata nak dapatkan UNDI, macam Nyonya jugak.

Hello Nyonya! Lu ingat agama Islam serupa kelab sukan  DAP ke...haiiyaa...

Bahtera Merdeka ucapkan selamat melangkah ke tahun 2011. Semoga lebih baik dari tahun 2010.







4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..NYONYA TU KATE DH 30 TAHUN DIA MASIH X PHM PSL ISLAM KT MESIA NI. TP BILE DH JOIN PAS PUN MASIH TAK PHM MAKNENYA DIA BUAT2 X NAK PHM SBB SAJE NAK BELI JIWA DAN MENIPU ORG MELAYU..HARKK PTUIHHH!!

MK IV berkata...

sudah dilink kan dalam kolum my blog list.

NeemoNeemo™ berkata...

Tugas ulama' la utk bagi dia paham. orang islam sendiri pun tak berapa nak paham islam.aku pun sama.

Jef Hadi berkata...

lol. this is a joke dear writer. lololololol!

lu punya poin semua macam tak relevan. kelakar lah. haha. terima kasih dah buat gua rasa gelihati. kehkehkeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...